MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
Kota Tinggi

SMK Taman Seri Saujana

Location:
SMK Taman Seri Saujana
Tmn Seri Saujana
Kota Tinggi
81900 , Johor
Malaysia
Tel: 07-882 2137
Fax: 07-882 2137
 
Website: http://www.kotatinggi.edu.my
Price: Unavailable
Category: 
Secondary School
Internet: Wired

SMK Taman Seri Saujana terletak di satu kawasan taman perumahan, iaitu Taman Seri Saujana. Taman ini terletak di antara Ulu Tiram dan Bandar Kota Tinggi. Berasal dari kebun kelapa sawit,taman ini telah dimajukan kawasan perumahan yang menarik. Dengan kawasan berbukit-bukau, lanskap yang menghijau dan bertasik, taman ini dipenuhi oleh penduduk dari pelbagai kaum.

Pembinaan SMKTSS memakan masa hampir 2 tahun dan beroperasi sepenuhnya mulai Januari 2004. SMK Taman Seri Saujana adalah merupakan salah satu sekolah yang telah dibina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berkonsepkan ‘Design and Built’ melalui pihak Project Management Consultant (PMC). Rasional disebalik penubuhan sekolah ini adalah bagi menampung keperluan murid-murid yang mendiami Taman Seri Saujana dan kawasan sekitarnya seperti Kampung Sungai Telor, Ladang Tai Tak dan Ladang Harimau.

Pada peringkat permulaan, jumlah murid adalah dijangka sedikit, tetapi apabila semua fasa berkenaan taman ini telah selesai bilangan muridnya terus bertambah. Terdapat sebuah sekolah kebangsaan yang berjiran dengan sekolah ini iaitu SK Taman Seri Saujana.