MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
Johor Bahru

Latest News for Johor Bahru in "General"

Selesai kes samun dalam 24 jam

POLIS menahan empat individu termasuk dua remaja perempuan berhubung kes menyamun kedai di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru, hari ini.

Mereka ditahan pada 6.30 pagi selepas serbuan di hotel dekat Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas RM675 dan 67 keping kad prabayar pelbagai syarikat.

Beliau berkata, tangkapan itu dibuat susulan kejadian samun di kedai telefon bimbit 24 jam pada 2.15 pagi.

Kejadian itu membuatkan peniaga kedai berusia 34 tahun yang berada seorang diri di kedai kerugian wang tunai kira-kira RM1,500 dan pelbagai kad prabayar dianggar bernilai RM2,500.

"Ketika kejadian, suspek lelaki menyamar sebagai pelanggan sebelum mengeluarkan pisau, meletakkannya di leher mangsa dan mengambil wang tunai dari dalam laci simpanan wang.

Ikhtiar terakhir

Johor Bahru: “Alhamdullilah, pembedahan kami selesai semalam (kelmarin) dan kami stabil,” kata ibu kanak-kanak gagal fungsi hati, Norazreena Ahmad, 36, yang kini berada di Hospital Renji di Sekolah Perubatan Universiti Jiao Tong, Shanghai, China.

Norazreena berkata, dia bersyukur kerana hasratnya menyumbang 30 peratus hatinya kepada anak bongsu, Alfieya Masri, 11 bulan, menjadi kenyataan.

Menurutnya, ia ikhtiar terakhirnya bagi menyelamatkan nyawa anaknya.

“Alfieya kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dia sudah sedar. Saya harap semua pihak mendoakan kami,” katanya dalam pesanan menerusi aplikasi WhatsApp, semalam.

Nenek, bapa saudara nafi dera

WANITA dan menantu lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini atas tuduhan mendera remaja, sejak 2010 hingga bulan ini.

Tertuduh, Noor Azaizah Badang, 56, yang juga nenek kepada mangsa serta bapa saudara mangsa, Maswandi Omar, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah secara berasingan di hadapan Majistret Noor Aisyah Ahmad.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh yang mempunyai pemeliharaan ke atas perempuan itu sejak mangsa berusia 13 tahun hingga kini berusia 20 tahun didakwa menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan perbuatan itu dilakukan di rumah di Jalan Padi Huma 9, Bandar Baru Uda, sejak 2010 hingga Mei 2017.

Alasan lapuk van rosak

Johor Bahru: Alasan lapuk seorang warga emas kononnya van yang digunakan untuk mengambil murid rosak gagal mengaburi pihak berkuasa selepas kenderaan itu ditahan sebelum disita dalam Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Wilayah Selatan di Bandar Baru Uda, semalam.

Lelaki berusia 60-an itu berbuat demikian selepas kenderaan dipandunya untuk menghantar murid ke sekolah agama, di sini, ditahan dua anggota SPAD dalam Ops Khas Bas Haram susulan aduan awam mengenai aktiviti membawa pelajar tanpa permit.

Pada awalnya, pemandu kenderaan itu cuba meninggalkan kawasan sekolah namun gagal menyebabkan pemandunya memberikan alasan sebelum menghubungi pemilik bengkel bagi mengetahui status kenderaan miliknya yang didakwa rosak itu.

Tingkat fungsi deria, otot tangan 3D

Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia (UTM), bersama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang bekerjasama dengan Myvista, syarikat yang menghasilkan tangan berasaskan teknologi 3D bertujuan mempertingkatkan rekaan dan fungsi alat berkenaan.

Penyelidikan selama dua tahun itu dijangka membabitkan geran RM500,000 dengan 10 penyelidik dari UTM dan lima kakitangan ILP Pasir Gudang.

'Selagi hidup anak tinggal bersama'

Johor Bahru: “Selagi saya hidup, saya akan pastikan anak-anak tinggal bersama keluarga demi keselamatan mereka,” kata penghidap barah tiroid tahap empat, Saripah Palichok, 32.

Saripah berkata, dia menghargai cadangan beberapa pihak supaya anaknya dimasukkan ke asrama kerana menyedari kesulitan dialaminya selepas diserang barah manakala suaminya, Mohd Nasir Mat Jusoh, 45, koma di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

FELDA belanja habis RM6b

Johor Bahru: Wang sebanyak RM6 bilion yang diperoleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) apabila ia disenaraikan ke Bursa Malaysia habis dibelanjakan untuk pelaburan dan beberapa bayaran lain.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, sebanyak RM1.7 bilion daripada jumlah itu diagihkan kepada semua peneroka sebelum ini.

"Baki RM4.3 bilion pula dibelanjakan untuk pelaburan jangka panjang dan perbelanjaan lain.

Lima sungai melebihi paras normal

Johor Bahru: Lima sungai di empat daerah negeri ini melebihi paras normal berdasarkan laman rasmi infobanjir Jabatan Pengaliran dan Saliran Malaysia.

Sehingga jam 9.50 pagi tadi, Sungai Bekok di Yong Peng, Batu Pahat meningkat ke paras bahaya iaitu 2.79 meter berbanding normal, 2 meter.

RM4 juta berjaya dikumpul

Johor Bahru: KFC Malaysia berjaya mengumpul dana berjumlah RM4 juta sebagai inisiatif membantu isu kelaparan menerusi 'World Hunger Relief' (WHR) yang kini dikenali Add Hope.

Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) yang juga merangkap Pengerusi QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, dana itu hasil inisiatif tahunan syarikat.

"Add Hope adalah satu komitmen jangka panjang dan menuntut kerjasama setiap pihak untuk sama-sama melakukan perubahan.

"Sebahagian besar kutipan daripada dana Add Hope akan disalurkan ke seluruh Malaysia menerusi usaha sama dengan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan," katanya dalam ucapannya di Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA Johor di sini, hari ini.

Lelaki ditahan rogol wanita Vietnam

Batu Pahat: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun selepas disyaki merogol seorang pekerja Vietnam di sebuah asrama pekerja di sini, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 1.45 pagi itu, suspek ditahan sepasukan polis ketika sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) akibat tikaman di belakang badannya dipercayai akibat pergelutan selepas merogol mangsa sebelum berjaya melarikan diri.