MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
Pasir Gudang

Bantu murid minat Bahasa Inggeris

Sebanyak 22 Sekolah Kebangsaan (SK) di seluruh negeri ini terlibat English Language Centre (ELC) melalui kerjasama  dengan Brighton Education.

Ketua Penolong Pengarah Bahasa Inggeris Jabatan Pendidikan negeri, S Shanmuganathan berkata, 11 daerah di negeri ini masing-masing mempunyai ELC untuk kemudahan kepada murid mendalami Bahasa Inggeris.

Menurutnya, ia sebagai usaha membantu murid melaksanakan aktiviti Bahasa Inggeris, selain sebagai langkah untuk meningkatkan peratusan murid lulus dalam peperiksaan.

“Pemilihan sekolah kita serahkan kepada pihak pejabat pendidikan daerah (PPD) untuk membuat penilaian bagi memilih sekolah terbabit dengan ELC.

“Dengan ada ELC kita lihat lebih mudah membantu murid dan guru melaksanakan aktiviti dalam zon-zon tersebut yang mungkin sebelum ini dalam bilik darjah tak ada ruang yang cukup untuk melakukan aktiviti,” katanya pada Majlis Perasmian ELC SK Taman Rinting 1, di sini, semalam.

Sementara itu, Guru Besar SK Taman Rinting 1, Shamsudin Yamhari berkata, ELC mempunyai tiga zon iaitu zon membaca, mendengar dan menulis.

Menurutnya, pemilihan berkenaan sedikit sebanyak mampu meningkatkan semangat lebih kurang 850 murid untuk cemerlang dalam Bahasa Inggeris.

“Saya bersyukur dan berasa amat bertuah kerana sekolah ini terpilih untuk program ELC, selain SK Taman Cendana, SK Pasir Gudang 1, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Masai.

“Penggunaan program ini bergantung kepada jadual yang mana mungkin sejam berada di bilik ini dan sejam lagi di bilik darjah mengikut perancangan guru,” katanya.

Sumber:Sinar harian

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Puteri Harbour Show Direction
Desaru Ostrich Farm Show Direction