MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
Pasir Gudang

Sedia sistem pengangkutan cekap

PASIR GUDANG - Kerajaan negeri berhasrat menubuhkan pelan pengangkutan awam di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) ke arah penyediaan sistem pengangkutan awam cekap di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed khaled Nordin berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan semua PBT di negeri ini dalam masa terdekat untuk membincangkan perancangan penubuhan pelan berkenaan.

Menurutnya, Pelan Pengangkutan Awam itu diharap membantu menyedia dan membangunkan sistem pengangkutan awam yang lebih sistematik di negeri ini.

“Saya sudah arahkan semua PBT bertanggungjawab mesti mempunyai Pelan Pengangkutan Awam.

“Perbadanan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM) akan menguruskan pelan ini dan bakal adakan pertemuan dengan semua PBT untuk membantu memenuhi keperluan dan peruntukan dalam merealisasikan hasrat ini,” katanya.

Beliau ditemui pada sidang media selepas merasmikan Program Kembara Ilmu, semalam.

Hadir sama, Ketua Eksekutif PAIM, Mohd Gadaffie Abd Aziz dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang, On Jabbar@Jaafar.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Abd Latiff Bandi.

Mohamed Khaled berkata, seramai 100 penerima daripada sekolah kebangsaan dan sekolah menengah terpilih menikmati skim bantuan pengangkutan pelajar sekolah di Johor selama setahun.

Menurutnya, program masih di peringkat percubaan itu akan diperluaskan ke daerah lain jika didapati berkesan sebagai usaha membantu golongan kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

“Kita telah memperuntukkan RM72,000 untuk skim ini sebagai usaha membantu meringankan beban kos sara hidup yang kian meningkat.

“Kawasan Pasir Gudang terpilih sebagai lokasi projek perintis program ini untuk memastikan berkesan atau tidak.

“Sekiranya berkesan, kawasan laluan yang terhad kepada Masai dan Pasir Gudang ini akan diperluaskan ke laluan lain di daerah lain pula,” katanya.

Sumber:Sinar harian

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Puteri Harbour Show Direction
Desaru Ostrich Farm Show Direction