MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
Pasir Gudang

Tak selamat jual rokok seludup

MATRANG (empat dari kiri) bersama Ketua Pengarah Kastam Johor, Datuk Ramli Johari (tiga dari kiri) menyampaikan poster operasi outlet kepada wakil Persatuan Perniaga di Dataran Al Hamra, Menara Aqabah, Pasir Gudang.

 

 

 

 

 

 

Pasir Gudang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) meningkatkan tindakan undang-undang dan lebih tegas dalam Operasi Outlet siri ketiga (Ops Outlet V3.0) 2016 yang dilancarkan semalam, bagi membanteras rangkaian pengedaran serta penjualan rokok seludup di negara ini.

Dengan tema Toleransi Sifar Rokok Seludup dan Kontraban, JKDM akan terus bekerjasama dengan lebih banyak agensi penguatkuasaan dan pihak swasta dalam membantu mencapai objektif operasi berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Matrang Suhaili berkata, pelbagai nilai tambah diberikan dalam operasi itu bagi meningkatkan impak termasuk mengambil tindakan ke atas mana-mana peruncit atau pemilik lesen perniagaan yang menyewakan premis perniagaan mereka atau menggaji pekerja untuk menjalankan perniagaan terbabit.

“Selepas ini, mana-mana peruncit, pemilik lesen atau premis perniagaan turut menghadapi tindakan undang-undang sekiranya disyaki menjual rokok seludup.

“Ini termasuk pemilik yang menyewakan premis mereka kepada individu menjual rokok seludup dan pemilik lesen perniagaan yang menggaji mana-mana pekerja untuk menjual rokok seludup,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Ops Outlet V3.0 2016, di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya akan turut bekerjasama dengan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan membatalkan lesen perniagaan atau menarik balik penyewaan premis perniagaan sekiranya didapati terbabit dalam penjualan rokok tidak sah.

Katanya, semua warga asing yang ditahan atas perbuatan salah itu turut akan dihantar pulang ke negara asal selepas menjalani hukuman dengan kerjasama pihak Jabatan Imigresen Malaysia.

“Selepas ini, kita akan turut mengguna pakai Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 selain Akta Kastam 1967.

“Ini sebagai tindakan ke atas mana-mana individu yang menggunakan warga asing sebagai barisan hadapan dalam menjalankan penjualan rokok seludup,” katanya.

Sementara itu, Matrang berkata, sejak Op Outlet dilancarkan pada 2010, pihaknya sudah membuat lebih 44,000 serbuan dan pemeriksaan di premis seluruh negara sehingga tahun lalu dan dalam serbuan itu, sebanyak 11,009 kes dicatatkan.

Katanya, dalam serbuan itu, JKDM berjaya merampas 1.43 bilion batang rokok seludup bernilai RM116.90 juta dan cukai sebanyak RM719.62 juta sepanjang tempoh enam tahun itu.

“Pada tahun lalu saja, sebanyak 2,341 kes diperoleh membabitkan 397 juta batang rokok seludup bernilai RM34.94 juta dan cukai sebanyak RM206.46 juta,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Puteri Harbour Show Direction
Desaru Ostrich Farm Show Direction