MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
Segamat

Latest News for Segamat in "General"

'Power' Pak Tua

Segamat: Usianya sudah mencecah 70 tahun, namun status warga emas dipegang datuk kepada tujuh cucu ini bukan pemutus dirinya untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti sukan, malah kemampuannya bersaing dengan kelompok pelari muda bagi pertandingan maraton sangat dikagumi.

Bagi Abu Bakar Hussein, tidak ada rahsia diamalkannya, melainkan kerap berselawat ketika memulakan larian, selain turut berbekalkan air zam-zam dalam setiap pertandingan disertai.

“Dalam keadaan usia yang semakin meningkat, saya bersyukur kerana mampu mengekalkan tenaga dan rentak larian setiap pertandingan sejauh 20 kilometer.


 

“Malah, pengalaman menyertai acara larian maraton sejak puluhan tahun lalu banyak membantu saya mengekalkan stamina, selain sentiasa berselawat ketika berada di garisan permulaan serta mengamalkan minum air zam-zam,” katanya ditemui di kediamannya di Taman Bukit Indah di Bukit Siput, semalam.

Bertengkar dalam bilik persundalan

Segamat: Lapan lelaki dan dua wanita warga asing ditahan dalam serbuan ke atas sebuah premis yang menjalankan aktiviti pelacuran di Jalan Abdullah, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Raub Selamat berkata, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat menyerbu bangunan rumah kedai dua tingkat jam 3 petang.

“Serbuan hasil maklumat awam dan risikan mendapati terdapat kegiatan mencurigakan di premis berkenaan. Ketika anggota tiba, pintu premis tertutup rapat, tetapi kedengaran suara seolah-olah orang bertengkar dari dalam sebelum menyerbu masuk,” katanya.

Kasih keluarga kucing

Segamat: Enam sekeluarga di Kampung Jawa, di sini, bukan sahaja mengutip dan merawat kucing terbiar yang ditemui di sekitar daerah ini, malah sanggup membelanjakan ribuan ringgit setiap bulan bagi menjaga haiwan kesayangan Rasulullah itu.

Bermula daripada melindungi hanya beberapa kucing beberapa tahun lalu, kini keluarga Abdullah Abu Bakar, 65, yang juga peniaga kedai runcit memiliki hampir 100 kucing terbiar.

Pusat pemindahan Kampung Batu Badak ditutup

Segamat: Pusat pemindahan banjir di Kampung Batu Badak yang sebelum ini menempatkan 25 mangsa ditutup hari ini.

26 lembu mulut berbuih

Segamat: Seorang penternak lembu mendakwa bukan sahaja menolak tempahan pelanggan untuk membeli ternakannya bagi kenduri kahwin, malah kerugian hampir RM80,000 apabila 26 haiwan ternakannya mati dalam keadaan mencurigakan di padang ragut di Batu Anam, awal bulan ini.

Hilang selepas asrama pekerja terbakar

Segamat: Lelaki warga Indonesia hilang selepas asrama pekerja kilang papan di Gemas Baru musnah dalam kebakaran malam tadi.

Azab disambar api gas bocor

Segamat: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun melecur 18 peratus badannya akibat disambar api dapur gas yang mengalami kebocoran di rumahnya di Taman Ria, Jementah, di sini, Jumaat lalu.

Episod hitam tumpang tidur

Segamat: Seorang gadis berusia 20-an yang hanya menumpang bilik untuk tidur semalaman di kediaman rakan lelakinya di Batu Anam, di sini, menjadi mangsa rogol seorang daripada tiga perompak yang memecah masuk bangunan rumah kedai berkenaan, semalam.

Ular sawa tersadai dalam rumah

Segamat: Seorang wanita terkejut selepas menemui seekor ular sawa sepanjang enam meter di rumahnya di Kampung Kenangan, Batu Anam di sini, kelmarin.

Sengkang mata demi kasih

Segamat: Demi kasih sayang terhadap ibunya, seorang anak Koh Lee Sim, 46, mempunyai cara tersendiri meraikan Hari Ibu setiap tahun apabila bersengkang mata menghasilkan pelbagai hasil seni tangan untuk dikongsi bersama ibunya pada hari ini.