MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Johor

Papar emosi dalam karya

Sebanyak 18 karya lukisan digabungkan dalam satu tema bagi menjayakan Program Lukisan Grafiti sempena kempen 90 Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2015.

Pengurus projek, Rozaiman Mohd Noor berkata, lukisan grafiti itu berjaya disiapkan dalam masa enam hari melibatkan 18 pelajar tingkatan 2 Seni Visual Sekolah Seni Malaysia Johor, Bandar Seri Alam, di sini.

Menurutnya, projek seni mengetengahkan emosi yang sering dialami wanita termasuk sedih, gembira, tertekan, dan muram ini adalah hasil imaginasi dan carian kesemua pelajar terlibat.

“Setiap pelajar diberi kelonggaran menghasilkan lakaran awal hasil imaginasi dan kreativiti masing-masing sebelum saya memberi persetujuan meneruskan lukisan berkenaan.

“Jadi, kita gabungkan kesemua karya tersebut dalam satu tema kepada saiz 10x8 kaki untuk dipamerkan di salah satu bangunan sekolah dan diharap mencapai mesej yang ingin disampaikan iaitu menangani keganasan terhadap wanita.

“Projek pertama kali ini juga merupakan platform pelajar terlibat mengasah bakat dan kemampuan, selain sebagai persediaan menghadapi peperiksaan penilaian tingkatan 3 tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika perasmian Program Lukisan Grafiti sempena kempen 90 Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2015 di sekolah itu, yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Asiah Md Arif, semalam.

Dalam pada itu, pelajar terlibat, Sufea Afeera Rosli, 14, berkata, pengalaman dialami banyak membantunya memberi idea kepada lukisan dihasilkan.

“Sebelum ini, saya selalu dimarahi ayah sebab beberapa kali gagal subjek Sejarah sehingga hampir berputus asa. Waktu itu saya fikir saya manusia tak berguna dan dibenci keluarga.

“Namun, lama-kelamaan saya sedar ayah mahu saya berjaya dan pengalaman itu memberi makna besar serta mendorong saya belajar bersungguh-sungguh. Jadi perasaan itu saya terap dalam karya,” katanya.

sumber:Sinar harian

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Puteri Harbour Show Direction
Desaru Ostrich Farm Show Direction