MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Johor

Latest News for State Johor in "General"

HSA terima mesin ultrasound baharu

Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, semalam menerima sebuah mesin ultrasound yang bernilai hampir RM100,000 daripada Wakaf Selangor Muamalat.

CNY: Bekalan makanan di Johor mencukupi

Kerajaan negeri Johor memberi jaminan bahawa bekalan makanan dan keperluan untuk musim perayaan Tahun Baharu Cina, di negeri ini mencukupi.

Cucu lahir dalam kereta

Seorang anak peneroka Felda Pemanis 2, di sini, terpaksa melahirkan anak keduanya dalam kereta, disambut bapanya sendiri di hadapan Klinik 1Malaysia (K1M) Taman Yayasan, di sini, Ahad lalu.

Jawatankuasa 3K pantau demam denggi sepanjang cuti sekolah

Kementerian Pendidikan akan terus memantau bagi menghalang penularan wabak denggi khususnya ketika cuti sesi persekolahan selama seminggu untuk sambutan Tahun Baharu Cina yang bermula minggu depan.

46 lokasi kerap kemalangan sekitar Johor dikenal pasti

Sebanyak 46 lokasi di sekitar negeri ini dikenal pasti kawasan kerap berlaku kemalangan membabitkan kes kematian dan kecederaan parah.

Papa pergi syurga

“Saya selalu pujuk anak-anak dengan beritahu papa pergi syurga setiap kali mereka bertanya di mana papa mereka dan nasihatkan mereka baca al-Fatihah jika terlalu rindu,” kata Nur Fardhliana Anuar, 34.

Tersentuh hati dengar azan Subuh

Seorang penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Johor Bahru, di sini, mengakui terpikat memeluk Islam selepas beberapa bulan tinggal di rumah kebajikan itu, sebelum mengambil keputusan menukar agama.

‘Projek sakit’ dibangunkan semula

Penduduk meletakkan harapan tinggi supaya projek pembinaan Sekolah Agama Bandar Sri Perani, dekat sini, yang terbengkalai sejak ia dibangunkan pada 2012 benar-benar menjadi kenyataan

Rampas 18 kontena bernilai RM3j

Cubaan membawa masuk 18 kontena mengandungi bahan mentah berasaskan daging tanpa permit berjaya digagalkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor.

Pembantu kedai roti maut digilis

Seorang pembantu kedai roti maut digilis treler selepas terjatuh dari basikal yang ditunggangnya dalam kemalangan di KM96 Jalan Besar Parit Perpat, Rengit dekat Batu Pahat, hari ini.