MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Johor

Banjir di Johor semakin buruk, lebih 6.000 dipindahkan

Keadaan banjir di Johor semakin buruk dengan jumlah mangsa yang berada di 57 pusat pemindahan seluruh negeri itu meningkat kepada 6,345 orang daripada 1,885 keluarga, setakat 10 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata pada 7 malam tadi, jumlah mangsa banjir hanya seramai 3,226 orang melibatkan 865 keluarga.

Katanya 4,921 mangsa ditempatkan di 40 pusat pemindahan di Segamat, Tangkak (105 mangsa di tiga pusat), Johor Bahru (53 mangsa di dua pusat), Kota Tinggi (998 mangsa di lima pusat) dan Kluang (67 mangsa di tiga pusat).

Sebuah pusat pemindahan turut dibuka di daerah Muar dan Mersing bagi menempatkan, masing-masing 90 dan 111 mangsa, dan setakat 7.40 malam tadi, hanya sebuah pusat pemindahan di Kampung Sungai Tiram telah ditutup.

Berikutan keadaan banjir itu, lima jalan di Segamat turut ditutup melibatkan Jalan Jabi-Bukit Tempurung, Jalan Utama Felda Pemanis, Seksyen 2-Seksyen 6 Jalan Segamat-Kuantan (Lebuhraya Tun Razak), Seksyen 4 Felda Medoi dan Jalan Felda Kemelah.

Penutupan jalan turut meliputi Kampung Orang Asli Sedohok Kahang, Kampung Orang Asli Air Pasir/Kuala Sengka Kahang dan Kampung Orang Asli Berasau Kahang di Kluang serta Jalan Kampung Pasir Salam, Sungai Tiram di Johor Bahru.

- Bernama

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Puteri Harbour Show Direction
Desaru Ostrich Farm Show Direction