MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Johor

Kes madrasah tahfiz: 107 pelajar, 14 kakitangan jalani pemeriksaan kesihatan

Pengetua madrasah tahfiz, tempat Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi belajar sebelum ini, mengesahkan Jabatan Kesihatan sudah membuat pemeriksaan kesihatan ke atas kesemua 107 pelajar dan 14 kakitangan madrasah itu.

Afdhaluddin Ismail dalam satu kenyataan di Kota Tinggi hari ini berkata pemeriksaan dilakukan pada hari Rabu lepas .

"Laporan pemeriksaan tersebut akan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan. Buat masa ini tiada pelajar yang dirujuk ke hospital," katanya.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat memberitahu Jabatan Kesihatan telahpun memeriksa sejumlah pelajar di madrasah berkenaan bagi memastikan tiada mereka yang mengalami simptom sama seperti Mohamad Thaqif Amin.

Pemeriksaan itu diadakan susulan titah Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah yang mahukan pelajar lain menjalani pemeriksaan kesihatan.

Mohamad Thaqif Amin, yang dipotong kedua -dua kaki hingga paras paha akibat dijangkiti kuman setelah dipercayai didera oleh pembantu warden madrasah itu meninggal dunia pada kira-kira jam 2 petang Rabu di Hospital Sultan Ismail.

Jenazah Allahyarham Mohamad Thaqif Amin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur pada kira-kira 12.30 malam hari sama.

- Bernama

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Puteri Harbour Show Direction
Desaru Ostrich Farm Show Direction