MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Johor

Lima sahabat reka perisian

SKUDAI – Melihat kepada perkembangan penggunaan internet yang kian meluas sejak kebelakangan ini, menggalakkan lima sekawan mencipta daya kreativitinya tersendiri menerusi perisian rangkaian dalam talian alam maya.

Lebih manis, ciptaan itu telah meyakinkan pihak juri untuk memilih mereka menjadi pemenang keseluruhan pada Cabaran Pelan Perniagaan Teknousahawan 2012 sekaligus membolot dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori poster dan persembahan terbaik.

Arith Amami Mislan, 24; Muhd Shaqeel Muhammad Soffian, 22; Eddy Azzahar Razak, 22; Mohd Hazman Arif, 23 dan Mohd Shazwan Jalani, 22 masing-masing merupakan penuntut Sarjana Muda Sistem Keselamatan Sains Komputer dari Fakulti Sains
Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Mereka memperoleh kejayaan itu menerusi ciptaan perisian sistem keselamatan dalam talian yang diberi nama ‘rootmybox’ apabila berjaya menewaskan 66 kumpulan lain yang terdiri daripada 270 peserta termasuk 70 peserta dari Universitas Sri Vijaya, Palembang, Indonesia.

Kejayaan itu sekaligus melayakkan kelima-lima sahabat yang merupakan pelajar tahun tiga itu memperoleh wang tunai RM600 dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Dekan Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat UTM, Profesor Dr Mohd Aizaini Maarof.

Arith Amami berkata, kumpulannya mendapat ilham untuk mencipta perisian itu sejak tiga tahun lalu apabila melihat potensi seterusnya mampu dikomersialkan selain boleh menjana pendapatan tambahan.

“Sekarang ini dunia semakin canggih dan penggunaan internet semakin meluas termasuk urusan perbankan, belian dalam internet dan lain-lain. Saya dapat idea sejak tahun 2009 lagi dan sedikit demi sedikit saya kaji hingga terhasilnya ciptaan ini.

“Kelainannya perisian keselamatan yang kami cipta ini adalah ia merupakan produk yang mesra pengguna dan mudah diselenggarakan selain yuran bulanan yang murah iaitu RM10 sebulan. Kami juga berjaya menjana pendapatan bersih hampir mencecah RM1,000 sebulan.

“Alhamdulillah, kami tidak menyangka terpilih menjadi pemenang kerana kesemua perisian yang dicipta memiliki idea dan keistimewaan yang tersendiri. Kami bersyukur gabungan idea kami berlima boleh diaplikasi dan terpilih pada pertandingan ini.

“Ini akan menjadi pemangkin semangat kami untuk mengemaskini perisian berkenaan kerana kami sangat mengutamakan kepuasan pengguna menerusi memberi perkhidmatan yang terbaik. Selepas ini, diharap perisian keselamatan ini terus mendapat tempat di semua golongan,” katanya.

Cabaran Pelan Perniagaan Teknousahawan 2012 anjuran Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat UTM merupakan program julung kali diadakan bagi menyediakan platform dan mengetengahkan idea-idea berasaskan teknologi di kalangan mahasiswa UTM kepada pihak industri dan pelabur-pelabur selain menggalakkan mahasiswa menghasilkan produk dan perkhidmatan berinovatif sekali gus dapat dikomersialkan.

Sumber:Sinar Harian

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Puteri Harbour Show Direction
Desaru Ostrich Farm Show Direction