MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Johor

Jangan mimpi Felda masih kubu kuat BN - Muhyiddin

Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN) supaya tidak bermimpi Felda masih menjadi kubu kuat mereka.

Beliau yang juga presiden PPBM berkata, pihaknya mendapat maklum balas yang ramai peneroka Felda memberi sambutan agak baik kepada PH.

“Sambutan diberikan banyak peneroka di tanah rancangan (Felda) kepada Pakatan Harapan, termasuk PPBM agak hebat…disebabkan itu pasti satu daripada kawasan tumpuan adalah tanah rancangan Felda,” katanya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tinggi PPBM di ibu pejabat parti itu hari ini.

Hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dilaporkan berkata, hasrat PH untuk bertapak di Felda dengan memenangi kerusi di kawasan itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah angan-angan kerana peneroka mempunyai keyakinan begitu tinggi terhadap kerajaan BN.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh berkata, gabungan 4 parti itu akan turun padang ke kawasan Felda yang menjadi tumpuan PH.

“Untuk parti kita mungkin tidak semua kawasan, tapi kawasan yang diputuskan nanti termasuk Felda sebab kawasan Parlimen yang ada tanah rancangan Felda ini lebih kurang 54 kawasan…ini kawasan tumpuan,” katanya.

- freemalaysiatoday

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Puteri Harbour Show Direction
Desaru Ostrich Farm Show Direction