MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Johor

UMNO Cawangan Felda Semenchu tolak Azalina calon PRU14

UMNO Cawangan Felda Semenchu yang bersidang malam kelmarin mengemukakan usul menolak Ketua UMNO Bahagian Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said diletakkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Mereka mendakwa, ramai lagi pemimpin Melayu yang lebih berwibawa dan layak dalam kawasan itu sesuai dipilih sebagai calon PRU 14 ini.

"UMNO Cawangan Felda Semenchu menolak Azalina sebagai calon BN dalam PRU14. Mohon BN mencalonkan pemimpin Melayu yang lain kecuali Azalina," kata kenyataan yang dikeluarkan kepada media semalam.

Di samping itu, UMNO cawangan berkenaan juga menyatakan sokongan penuh kepimpinan Datuk Seri Mohd Khaled Nordin selaku Menteri Besar Johor, termasuk meminta Majlis Tertinggi (MT) UMNO membatalkan penggantungan tugas jawatan Timbalan Presiden kepada Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dengan segera.

Menurut kenyataan itu lagi, beberapa usul turut dikemukakan, antaranya menyokong penuh pendekatan dan kepimpinan Muhyiddin, pemilihan parti dilaksanakan sebelum PRU14 dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja di bawah kuasa Majlis Raja-Raja untuk memantau perilaku ahli politik sama ada pembangkang atau kerajaan dalam konteks pembiayaian dana.

Ini katanya, bagi membolehkan kelemahan kepemimpinan parti diselesaikan bagi memastikan UMNO dan BN dapat menghadapi PRU14 dengan imej baik dan mendapat sokongan penuh ahli serta pengundi.

- malaysiagazette

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Puteri Harbour Show Direction
Desaru Ostrich Farm Show Direction