MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Johor

Kemenangan JDT rangkul Piala AFC jadi inspirasi pasukan lain

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) merangkul Kejuaraan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada Sabtu malam, akan menjadi pendorong buat pasukan bola sepak tempatan lain untuk mencipta kejayaan sama.

Beliau juga berharap kejayaan itu dapat menyuntik semangat baharu kepada JDT untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa depan.

Katanya, kemenangan itu hasil usaha dan semangat kental pemain JDT selain daripada doa dan sokongan semua pihak, tidak kira penduduk Johor mahupun Malaysia.

"Apabila berdepan dengan pasukan Istiklol FC, pemain JDT bukan hanya mewakili Johor malahan negara," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Mohamed Khaled adalah antara tetamu kenamaan yang menyaksikan perlawanan akhir Piala AFC itu di Stadium Central Republican Dushanbe, Tajikistan.

Gol tunggal perlawanan JDT menentang Istiklol FC disumbangkan pemain importnya, Leandro Velazquez pada minit ke-22 hasil rembatan kencang dari dalam kotak penalti, sekali gus menewaskan penjaga gol Istiklol, Nikola Stosic.

- bernama

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Puteri Harbour Show Direction
Desaru Ostrich Farm Show Direction