MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Johor

Paulo Rangel sertai JDT

Bekas bintang Selangor, Paulo Rangel akhirnya memilih JDT sebagai pasukan pilihannya untuk musim depan apabila secara sah menandatangani kontrak untuk menyarung jersi pasukan Harimau Selatan.

Rangel yang berasal daripada Brazil, sebelum ini pernah bermain untuk Terengganu, Perak dan beberapa kelab Thailand.
 
Beliau tiba di Johor Bahru hari ini dan akan memulakan latihan dibawah kendalian ketua jurulatih Mario Gomez pada awal Januari depan.
 
"Tiada kelab atau persatuan yang lebih hebat dan profesional berbanding JDT. JDT memiliki potensi yang besar dan segala-galanya ada disini. Setiap pemain termasuk saya sendiri impikan bermain di sini."
 
"Saya amat teruja menjadi sebahagian daripada projek bolasepak di Johor dan saya berjanji untuk berikan yang terbaik untuk JDT," katanya hari ini.
 
Sementara itu Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata, orang yang tahu bermain bolasepak mengakui Rangel merupakan seorang pemain yang hebat.
 
"Sepanjang tiga tahun Paulo Rangel bermain untuk Perak, Terenggnu dan Selangor, dia tidak pernah berhenti menjaringkan gol.
 
"Sama seperti ketika Paulo Rangel beraksi di Thailand, dia sentiasa menyumbangkan gol," kata Tunku Mahkota Johor itu.
 
Menurut Tunku Mahkota Johor itu, JDT telah menjimatkan RM16 juta ketika membeli Rangel.
 
Beliau berkata, PBNJ mempunyai bajet diantara RM300 juta hingga RM400 juta untuk projek pembinaan stadium barunya serta penubuhan akademi bolasepaknya.
 
Persatuan katanya, akan menggunakan bajet itu secara berhemah bagi memastikan JDT terus kekal sebagai kelab terunggul di Malaysia selama 50 tahun akan datang.
 
Beliau juga mengumumkan Adidas akan menaja JDT selama satu tahun serta pilihan setahun lagi berdasarkan prestasi semasa pasukan.
 
- malaysiagazette

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Puteri Harbour Show Direction
Desaru Ostrich Farm Show Direction