MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Johor

PBNJ dedah rekabentuk stadium baru

Buat pertama kali, Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mendedahkan rekabentuk stadium barunya yang akan digunakan oleh juara Piala AFC, JDT bagi menggantikan Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin.

Rekabentuk stadium itu didedahkan oleh Presiden PBNJ, Datuk Ismail Karim menerusi satu kenyataan media menerusi laman sosial rasminya, Johor Southern Tiger.
 
Sekali imbas, stadium baru JDT terletak di Nusajaya itu kelihatan seperti Allianz Arena yang merupakan stadium rasmi kepada pasukan Bayern Munich.
 
Menurut Ismail, bahagian luar stadium itu akan dihiasi dengan lampu LED yang boleh bertukar warna, ruangan tempat duduk penonton yang selesa, ruangan membeli-belah dan ibu pejabat PBNJ.
 
Katanya, sementara stadium baru itu dalam proses pembinaan, PBNJ akan terus menyelenggara dan menaik taraf Stadium Tan Sri Haja Hassan Yunos.
 
Stadium baru berkapasiti di antara 40,000 hingga 45,000 penonton itu bakal menggunakan rumput asli dan mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi.
 
- malaysiagazette

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Puteri Harbour Show Direction
Desaru Ostrich Farm Show Direction