MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Johor

Rangel ganti Lucho?

Johor Bahru: Pencarian Johor Darul Ta’zim (Johor DT) untuk melengkapkan pemain import keempat bakal terjawab hari ini dengan juara Liga Super dua musim berturut-turut itu bakal memperkenalkan pengganti Luciano Figueroa.

Dikhabarkan bekas pemain import Terengganu Paulo Rangel (gambar) akan menyertai skuad Harimau Selatan, namun setakat ini belum ada pengesahan rasmi mengenainya.

Sebelum ini, Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan kelibat Hariss Harun dan Marcos Antonio selain Jorge Pereyra Diaz yang akan kembali menyarung jersi Harimau Selatan.

Bagaimanapun, hasrat mendapatkan khidmat pemain kelab San Lorenzo yang beraksi di Liga Primera Argentina, Martin Cauteruccio tidak kesampaian selepas pengurusan kelab berkenaan mengenakan yuran perpindahan terlalu tinggi.

Jika perancangan Johor DT mendapatkan Rangel yang pernah beraksi bersama kelab Muang Thong United FC pada saingan Liga Premier Thailand (TPL) menjadi kenyataan, ia pasti menyuntik kekuatan di posisi serangan kerana pemain memiliki ketinggian 188 sentimeter itu memiliki kekuatan bola tinggi.

Tindakan Johor DT memilih pemain berusia 31 tahun itu turut dianggap tepat kerana sudah ‘masak’ dengan kancah Liga Malaysia selepas pernah bersama Perak pada perpindahan kedua April 2013 dan kemudian Selangor bagi musim 2014 dengan Terengganu menjadi pasukan terakhirnya musim lalu.

Pemain kelahiran Belem, Brazil itu pernah dinobatkan penjaring terbanyak bagi merangkul Kasut Emas pada musim 2014 ketika bersama Selangor.

Jika menjadi kenyataan, Rangel dan Diaz bakal dilabel gandingan berbisa ketika Johor DT perlu memantapkan posisi serangan dalam usaha mempertahankan kejuaraan Liga Super yang dimenangi dua musim berturut-turut selain Piala AFC.

 

FIGUEROA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Puteri Harbour Show Direction
Desaru Ostrich Farm Show Direction