MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Johor

Selepas bolasepak, TMJ kini beralih ke tinju

Selepas berjaya mengangkat taraf bolasepak Johor ke satu tahap yang tidak pernah diimpikan, kini Tunku Mahkota Johor mengalih pandangannya ke sukan tinju.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim kini menjawat jawatan Penaung Diraja Persatuan Tinju Johor, dengan matlamat untuk menaikkan taraf sukan tinju negeri ini.
 
Laman sosial rasmi JDT dalam satu kenyataan hari ini berkata persatuan tinju negeri itu akan dijenamakan semula kepada 'Johor Darul Takzim Boxing Team' dan menggunakan jenama JDT.
 
Penjenamaan itu mengikut model di Eropah seperti di Barcelona di mana semua sukan berada di bawah satu bumbung.
 
Johor akan mengikuti langkah dan dari semasa ke semasa, sukan-sukan di negeri ini diletakkan di bawah bumbung JDT dan diselaraskan.
 
"Usaha baginda adalah untuk memartabatkan sukan-sukan lain di Johor, yang akan juga diberikan wajah baru dengan penjenamaan JDT, demi masa depan yang lebih cemerlang dalam arena sukan," menurut laman sosial itu.
 
- malaysiagazette

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Puteri Harbour Show Direction
Desaru Ostrich Farm Show Direction