MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Johor

Tunku Ismail kini pemilik JDT secara rasmi

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara rasminya menjadi pemilik pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers (JST) lewat malam tadi.
 
Tunku Ismail sebelum ini merupakan Penaung Diraja PBNJ.
 
"Baginda yang sebelum ini adalah Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor akan meneruskan misi dan visi yang sama demi pembangunan bola sepak negeri Johor. Kami menjunjung tinggi usaha TMJ dalam memartabatkan lagi sukan bola sepak khususnya melalui pasukan JDT," katanya dalam kenyataan tersebut.
 
- malaysiagazette

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Puteri Harbour Show Direction
Desaru Ostrich Farm Show Direction