MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Johor

Promo Ad 1

MUZIUM KOTA JOHOR LAMA

Muzium Kota Johor Lama merupakan sebuah muzium yang diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Selatan). Pembinaan muzium ini bermula pada bulan Ogos 2004 dan siap sepenuhnya pada bulan Februari 2007. Muzium ini mula dibuka kepada umum pada bulan Oktober 2007. Rekabentuk bangunan muzium ini bercirikan bentuk rumah tradisional. Muzium ini merupakan satu-satunya muzium yang dibangunkan secara 'insitu' di suatu kawasan yang pernah melakar sejarah penting dalam perkembangan sejarah negara.
 
Fungsi utama penubuhan muzium ini adalah untuk memberikan maklumat dan gambaran yang lebih jelas kepada mereka yang mencintai sejarah untuk mengetahui dengan lebih mendalam peranan Kota Johor Lama yang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Melayu yang penting selepas era kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511. Kesinambungan warisan kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka terus bertapak di negeri Johor dan telah mewarnai sejarah tempatan ketika itu terutamanya di sepanjang Sungai Johor. Episod ini turut memainkan peranan yang penting dalam pemerintahan Johor.
 

Ruang pameran di dalam muzium ini terbahagi kepada beberapa segmen bermula dengan pengenalan Kota Johor Lama sehinggalah kajian-kajian arkeologi yang telah dijalankan di dalam kawasan kota ini oleh penyelidik tempatan dan luar negara.
 
Waktu Lawatan
Isnin - Ahad: 9.00 pagi - 6.00 petang
Tutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan hari pertama Hari Raya Aidiladha.
 
Masuk adalah PERCUMA
 
Kemudahan

1. Tempat letak kenderaan.
2. Lawatan berpandu akan disediakan (hubungi pegawai kami untuk permohonan).
3. Tandas awam.
 
Address:
Muzium Kota Johor Lama Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Selatan) Lot 1468, Kampung Johor Lama 81940 Kota Tinggi Johor Darul Takzim.
Person Incharge:
Hanif Bukhari bin Abd. Rahim

Jawatan: Penolong Kurator
Email: hanifbukhari@jmm.gov.my

Tel:   07-883 1498
Fax:  06-286 5092

 

 

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Puteri Harbour Show Direction
Desaru Ostrich Farm Show Direction