MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Johor

Promo Ad 5

Restoran ZZ Mee Rebus Sup Tulang

Bagi penggemar tegar Sup Tulang destinasi wajib anda ialah Restoran ZZ Sup Tulang.Terletak berhampiran perkuburan Mahmoodiah. Disini anda akan disajikan dengan menu utamanya yang sudah semestinya Sup Tulang, dan Mee Rebus. Johor memang terkenal dengan menu mee rebus ini.


Restoran ini memang sudah popular di daerah Johor Bahru sehinggakan ada artis makan di restoran ini. Restoran ini berkonsepkan makan di bawah pokok bagi mendatangkan suasana seperti di kampung. Disini anda boleh memilih makan secara bersila atau duduk di kerusi yang disediakan.

Bagi yang tidak suka makan mee rebus, anda boleh menikmati makanan lain seperti Sup Tulang, Sup Gear Box atau Laksa Johor.Jika anda makan sekali, pasti akan datang kembali. Harga di restoran ini juga berpatutan.

Apalagi yang ditunggu? bawalah keluarga anda pergi melawat Johor. Indah di mata, menawan selera.

Sumber : http://saji.my/tempat-makan-best-johor  &  http://terowonginformasi.blogspot.com/2012/09/restoran-zz-mee-rebus-tulang-terbaik-di.html

 

Nearby Location

Places of Interest
Name Distance Direction
Puteri Harbour Show Direction
Desaru Ostrich Farm Show Direction